Assalamualaikum ,
Yakjuj Dan Makjuj , mesti ada orang pernah dengar , ada yang baru nak dengar , atau tak pernah dengar dan kenal langsung tentangnya.Oleh itu hari ini daniel nak kongsikan sikit tentang Yakjuj Makjuj ini.okeyy,sama2 kita memperolehi ilmu islam ni :)
Saya
percaya, hampir kesemua pembaca blog ini telah acap kali mendengar
mengenai perihal bangsa Yakjuj dan Makjuj atau di dalam bahasa
inggeris-nya disebut sebagai Gog and Magog. Ia merupakan salah satu
daripada 10 tanda-tanda besar kiamat. Untuk entri kali ini saya akan
menerangkan secara amat terperinci mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj
berlandaskan pelbagai sumber rujukan dan pandangan ulama’ tersohor. Di
harap entri saya pada kali ini dapatlah dijadikan sebagai ilmu yang
sangat bermanfaat buat anda semua.
Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain. Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.
Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut. Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau temboknya.
Dalil Al Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj
Kewujudan
Yakjuj dan Makjuj adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh
seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari
kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi
firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah
al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman:
Derbent Wall merupakan salah satu tembok yang menghalang Yakjuj Makjuj daripada keluar ke daerah lain. Ia bukanlah dibina oleh Zulkarnain tetapi ia dapat membantu memperkukuhkan lagi pertahanan terhadap serangan Yakjuj Makjuj.
Setelah
dikurung oleh Zulkarnain, Allah swt menceritakan pula mengenai
kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia sebelum kiamat.
Yakjuj dan Makjuj akan turun ke dunia melalui puncak-puncak gunung
tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97, Allah swt
berfirman:
Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka
("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya, di dalam satu hadis pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.
Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat menebuknya"? Makna terhadap ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Bencana Di Sebalik Gunung
Puncak
gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir
zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran
tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya
seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain.
Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula jadi ciptaan
Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj
dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan manusia sendiri iaitu
Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok Besar China, Gerbang
Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus, Tembok Gorgan di
Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya hanyalah milik
Allah swt).
Tembok semula jadi di utara dunia |
Tembok-tembok
inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj
terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah
sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai
tujuan pembinaan Tembok Besar China? . Sejarah telah mencatatkan bahawa
puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan
puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah lama
mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok
Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada
mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang
dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa
Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar
banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah
swt).
Salah satu tembok buatan manusia iaitu Tembok Besar China. Tembok Besar China bukanlah Tembok Besi Zulkarnain tetapi ia juga dapat digunakan untuk memperkukuhkan lagi pertahan di Asia Tengah. |
Dalam
surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di
tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi.
Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol
iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah
ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di
kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia
Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti
bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia
Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah
menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya
hanyalah milik Allah swt)
Khayalan masyarakat barat mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kaum Mole hanyalah kisah dongeng semata-mata! |
DENGAN SEGALA INFO YANG DANIEL BERI INI , HARAP KORANG FAHAM DAN SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI HARI KIAMAT KELAK.
No comments:
Post a Comment