Monday 24 December 2012

MAN KIDAL

Assalamualaikum

Ada siapa kenal Man Kidal ? Mesti ada yang kenalkan , Man Kidal adalah pemain gitar profesional yang bermain gitar dengan tangan kiri . Tak ramai yang boleh main gitar dengan tangan kiri .Sebagai peminat admin memang sangat bangga kerana Malaysia penuh dengan bakat yang ganjil dan admin memang meminatinya.
Di bawah ada sedikit info tentang Man Kidal .




Man Kidal atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mahmood dilahirkan pada 1963 di Johor Darul Takzim. Gelaran "kidal" diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik ini sejak tahun 1979 lagi ketika itu beliau menganggotai kumpulan "The Lefthanded" dan telah ditukarkan nama kepada Kumpulan Lefthanded.

Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama di dalam kumpulan ini. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak - Mohd. Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.

ANTARA ALBUM MAN KIDAL IALAH:


Man Kidal juga banyak buat Konsert , antaranya :

  • Festival RentakAsia, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (2000)
  • Konsert Live Istana Budaya Ramli Sarip
  • Konsert Tanpa Nash - April 24th, 2009
  • Konsert Tanpa Vokalis - April 21st, 2009
  • Konsert Jamal, Saleem Tiada Tandingan - April 23rd, 2008
  • Konsert Amal Kasih Cetuskan Pelbagai Perasaan - April 14th, 2008
  • Lefthanded Di Hard Rock - March 22nd, 2008
  • Koncert PWTC - August 21st, 2007
 Admin teringin nak sehebat dia suatu hari nanti , tu pun kalau hebat.,.hahaha
okeyyy, sini saja yang ada , sejujurnya Man Kidal adalah pemain gitar terhebat dekad ini bagi admin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...