Nak tahu pula pasal kelebihan surah Al - Fatihah ? kalau nak tahu sini ada sikit info :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Al-Fatihah adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utamaAl-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatamAl-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa iadimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”
Anda pernah Selsema ? Mesti pernahkan , hahaha , hari ini Denzxx nak kongsikan tentang Petua Nak Hilangkan Selsema .
Sebenarnya , Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan
terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.
Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap,
membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.
Di bawah antara Petua Hilangkan Selsema :
1.Ambil secawan air didihan beras (sewaktu
mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa
gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua
titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah
airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.
5. Rebuskan jus halia, bunga cengkih,
kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu
besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih
suam.
okeyy , kalau anda selsema lagi buatlah macam ni naa :D
Denzxx nak cerita pasal apa yang terjadi semalam . Siapa yang ada akaun Twitter mesti tahukan apa yang terjadi semalam.
Seorang pengguna Twitter yang MENGHINA ALLAH , NABI , ISLAM dengan gelaran binatang yang haram disentuh orang ISLAM , bukan anjing tapi yang satu lagi tu kerana ingin menaikkan followernya .
Perbuatannya memang BIADAP sangat.tak tahulah apa masalahnya sampai cakap sebegitu sehingga EMAK nya sendiri pun dikatakan begitu.
Inilah yang dia cakap:
Sebenarnya banyak lagi yang dia cakap !
Apa -apa pun Denzxx berharap dia sempat bertaubat .
Okeyyy <
Ada siapa kenal Man Kidal ? Mesti ada yang kenalkan , Man Kidal adalah pemain gitar profesional yang bermain gitar dengan tangan kiri . Tak ramai yang boleh main gitar dengan tangan kiri .Sebagai peminat admin memang sangat bangga kerana Malaysia penuh dengan bakat yang ganjil dan admin memang meminatinya.
Di bawah ada sedikit info tentang Man Kidal .
Man Kidal atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mahmood dilahirkan pada 1963 di Johor Darul Takzim. Gelaran "kidal" diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik ini sejak tahun 1979 lagi ketika itu beliau menganggotai kumpulan "The Lefthanded" dan telah ditukarkan nama kepada Kumpulan Lefthanded.
Man kidal mula bermain gitar
sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar
bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama
Lefthanded selaku pemain gitar utama di dalam kumpulan ini. Beliau telah
mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan
mempunyai tiga orang anak - Mohd. Shefflee, Farah dan Norshahera serta
mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan
Danish Haikal.
Konsert Jamal, Saleem Tiada Tandingan - April 23rd, 2008
Konsert Amal Kasih Cetuskan Pelbagai Perasaan - April 14th, 2008
Lefthanded Di Hard Rock - March 22nd, 2008
Koncert PWTC - August 21st, 2007
Admin teringin nak sehebat dia suatu hari nanti , tu pun kalau hebat.,.hahaha
okeyyy, sini saja yang ada , sejujurnya Man Kidal adalah pemain gitar terhebat dekad ini bagi admin.
Admin nak kongsikan kepada semua orang tentang segitiga bermuda ini yang dikatakan banyak Misteri .
Ada yang mengatakan Segitiga Bermuda ini Istana Jin tapi admin tal pastilah , kalau nak tahu lebih lagi bacalah dibawah ini okeyy ! :D
Apakah markas jin terletak di Segitiga Bermuda?Inilah soalan yang sampai sekarang masih merupakanmisteri
Muhammad Isa Da-wud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa
ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke
istana yang lain untuk mengatur kera-jaannya yang sangat besar. Dari
sanalah mereka mengen-dalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan dan
menggoda manusia.
Al-Qur’an memberikan isyarat mengenai
dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu keajaiban. Firman Allah
s.w.t. bermaksud: “Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara
keduanya ada batas yang tidak dilalui masing -masing. ” (Ar-Rahman:
20-21).
SUKAR UNTUK DIBUKTIKANDengan itu,
bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh
dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab ter-hadap hilangnya
ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segiti Bermuda?
Pesawat-pesawat dan kapal laut yang
dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tiada diketahui jejaknya lagi.
Kebiasaaanya, pesawat ataupun kapal laut yang mengalami kecelakaan
ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua
pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan
sama sekali. Padahal pesawat atau kapal yang hilang itu dikendalikan
oleh pilot dan nakhoda yang cekap.
Dari rakaman-rakaman yang berhasil
ditemukan, dan setelah diadakan penye-lidikan, kehilangan
pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih meru-pakan misteri
yang sukar untuk dibuktikan.
• Pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya
dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab
terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki
Segitiga Bermuda? ”
MISTERI SEGITIGA BERMUDAAntara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang
hilang antara lain:• Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas
dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke
Segitiga Bermuda. Padahal sebelum-nya pilot telah mengumumkan bahawa
sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang
hala-ngan.
• Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.
• Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger,
berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca
sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat
dikesan bangkainya.
• Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, dite-mukan sedang
terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya
adalah seo-rang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan
kelasi kapal.
• Kapal Carol Darling mendekati pantai
Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing.
Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 12 orang hilang tanpa jejak.
Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi.
Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat
sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan.
Nam-paknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.
Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana
kapalnya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut
berlayar dalam cuacagamat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu
mengalami kesukaran atau-pun gangguan, tentunya mereka mengirimkan
berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi ^an radar
dan alat-alat komukasi yang serba canggih.
• Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari
pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang
untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-yang mengarungi
lautan. Ketika jam menunjukkan pukul tiga petang, misi tersebut selesai
melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles
Tylor, memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan.
“Di sini Leftenan Charles Taylor, apa
dapat didengar… ? Harap dijawab…kami kehilangan petunjuk untuk kembali…
kami tersesat…saya tak dapat melihat daratan! Saya tak tahu arah
Barat…semua yang ada di sekitar saya kacau… aneh .. .bahkan kawasan di
mana kami berada sekarang tidak kami kenali…nampaknya… nampaknya. ..
nampaknya….”
Tiba-tiba terdengar peringa-tan pertama
tentang terjadi-nya bencana. Menara penga-was di Lorderdile Florida
mendengar suara ketua ekspedisi Charley Taylor. Teks ucapannya yang
dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba
pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit
pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang
membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga
Bermuda.
Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis yang dikutuk
Allah s.w.t., dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur
pemerintahan maharaja iblis.
KERAJAAN IBLISDemikianlah berbagai
peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga ianya
dikenali juga dengan sebutan “Kuburan Atlantik.”Walaupun berbagai kajian
dibuat untuk mengung-kapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang
sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di
Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas
kejahatan. Menurut pengakun jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud,
masyarakat jin adalah masyarakat yang vungat maju dan memiliki peradaban
yang amat tinggi, n meninggalkan masyarakat manusia, khususnya dalam
menggali dan mengo-lah benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan.
Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur
dengan emas dan tembaga dan mengha-silkannya menjadi suatu benda bermutu
tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilaku-kan
manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga melaporkan
kepada. Muhammad Isa Dawud:”Aku mahu menyampaikan suatu berita yang
sangat penting. Amerika,
“Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan
markas kejahatan. Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan
iblis”
Inggeris dan Jerman bermak-sud
membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang
khusus untuk mengkaji ke-ajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit
yang telah mereka luncurkan sebelumnya. Ternyata mereka tidak dapat
membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada di sana bukanlah
keajaiban yang dapat dilihat dengan mata.Sebab di sana terdapat sebuah
kerajaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka
tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah.
Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang mele-wati daerah maut itu, dan
ia membaca ayat-ayat Al-Qur’an, nescaya iblis bersama pasukannya tidak
akan dapat mencelakakannya